Ambil masa 2 tahun pulih bisnes selepas Covid-19, kata pengeluar


Chan Kok Leong

Presiden FMM Soh Thian berkata sebanyak 38.9% pengeluar yang ditinjau menyatakan perniagaan mereka hanya dapat bertahan 12 bulan.– Gambar The Malaysian Insight oleh Hasnoor Hussain, 19 Ogos, 2020.

TUJUH daripada 10 pengeluar menjangkakan perniagaan mengambil masa empat bulan hingga 2 tahun untuk pulih daripada kesan pandemik Covid-19, kata Persekutuan Pekilang-pekilang Malaysia (FMM).

FMM berkata 23.5 % pengeluar berkata pemulihan akan mengambil masa dua tahun, manakala 15.8% berkata mereka memerlukan antara 10 hingga 12 bulan untuk pulih.

Bagi lagi 14.8% pengeluar pula mereka berkata tempoh tujuh higga sembilan bulan diperlukan, dan 17.5% selebihnya menjangkakan empat hingga enam bulan.

Presiden FMM Soh Thian berkata sebanyak 38.9% pengeluar yang ditinjau menyatakan perniagaan mereka hanya dapat bertahan untuk 12 bulan.

Soh berkata demikian semasa pembentangan hasil Tinjauan Keadaan Perniagaan FMM-Institut Penyelidikan Ekonomi Malaysia (MIER) pada bulan lepas, di Kuala Lumpur hari ini. 

Tambah beliau, hanya satu perempat pengeluar (bersamaan 24.6%) berkata perniagaan mereka tidak terjejas akibat Covid-19, manakala 34.2% pengeluar pula berkata perniagaan mereka dapat bertahan lebih 12 bulan.

Dapatan tinjauan menunjukkan 82% pengeluar susut pendapatan, manakala 80% alami kerugian.

Tinjauan juga menunjukkan jualan tempatan dan eksport pada 1H20 (separuh tahun pertama 2020) turun 50 mata kepada 16% dan 21%, dan pelaburan modal jatuh 48 mata kepada 61 mata berbanding 2H2019 (separuh tahun kedua 2019).

Bagi separuh tahun kedua 2020 pula, FMM berkata aktiviti perniagaan dijangka melonjak semula kepada 76 mata, manakala jualan tempatan dan eksport dijangka kembali kepada 49% dan 50% berbanding 1H20. – 19 Ogos, 2020.

Berita penuh di sini.  


Daftar atau log masuk di sini untuk komen.


Komen