KES baharu dikesan dalam dua kluster Covid-19 dari Kedah, dengan tujuh daripada kluster Tawar dan dua lagi daripada kluster Sala.
Ketua Pengarah Kesihatan Dr Noor Hisham Abdullah berkata, tujuh daripada kluster Tawar itu, tiga dikesan di Pulau Pinang.
“Kini terdapat 46 kes positif untuk kluster Tawar. Kes baharu adalah jangkitan generasi ketiga,” katanya dalam satu kenyataan.
Sehingga hari ini, sebanyak 1,135 orang daripada kluster ini, yang kesnya tersebar di Kedah, Pulau Pinang dan Perak disaring. Lebih 200 orang sedang menunggu keputusan ujian Covid-19 mereka.
Kluster Tawar bermula dengan seorang rakyat Malaysia yang menghadiri pengebumian ahli keluarga pada 31 Julai dan 1 Ogos.
Bagi kelompok Sala, dua kes baharu menjadikan jumlah kes aktif kepada enam.
“Hingga kini, 273 orang (daripada kluster Sala) sudah disaring,” kata Noor Hisham.
Pemeriksaan dilakukan di Kedah dan Pulau Pinang juga.
Kluster Sala bermula di daerah Yan di Kedah dengan seorang lelaki Malaysia yang dikesan menghidap virus koronavirus pada 13 Ogos melalui pemeriksaan untuk Jangkitan Pernafasan Akut (SARI) di Hospital Sultanah Bahiyah di sana.
Kes baharu itu adalah sebahagian daripada 12 jangkitan baharu hari ini, yang menjadikan jumlah kes terkumpul kepada 9,212.
Sepuluh kes baharu adalah penularan tempatan. – 17 Ogos, 2020.
Komen