17 pulih, 12 jangkitan baharu Covid-19 hari ini


MALAYSIA melaporkan 12 kes baharu Covid-19 hari ini dan 10 daripadanya merupakan penularan tempatan.

Ia menjadikan jumlah jangkitan keseluruhan kepada 9,212.

Ketua Pengarah Kesihatan Dr Noor Hisham Abdullah juga berkata 17 pesakit pulih hari ini dan menjadikan jumlah keseluruhan yang pulih kepada 8,876.

Tiada kes kematian dilaporkan dan jumlah kematian pada kekal 125 orang sejak kali terakhir diumumkan pada 31 Julai.

Jumlah kes aktif sehingga hari ini adalah 211. – 17 Ogos, 2020.


Daftar atau log masuk di sini untuk komen.


Komen