PENGUNCUPAN 17.1% Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) pada suku kedua (Q2 2020) kerana Covid-19 lebih teruk dari Krisis Kewangan Asia pada 1998, kata Bank OCBC dalam satu nota.
Ia lebih buruk dari penguncupan 11.2% yang dicatatkan pada suku keempat 1998.
Ahli ekonomi OCBC Wellian Wiranto berkata penguncupan Q2 bermaksud ekonomi menyusut sebanyak 16.5% dari suku sebelumnya (Q1) memenuhi definisi untuk kemelesetan teknikal dua suku berturut-turut pertumbuhan negatif KDNK.
Sektor swasta menyumbang 61.7% pertumbuhan KDNK Q1.
Bagaimanapun ia mencatatkan penurunan tahun ke tahun sebanyak 18.5% pada suku kedua mengurangkan pertumbuhan KDNK utama sebanyak 10.7% pada tempoh tersebut.
“Sebelum data KDNK dikeluarkan (hari ini), kami memiliki harapan cukup tinggi bahawa kekuatan penggunaan relatif yang kami lihat pada Q1 dapat menjadikannya lebih baik untuk menahan serangan hebat Q2.
“Kami juga menjangkakan (hasil) yang lebih baik menerusi pakej rangsangan oleh kerajaan dan juga kesan positif moratorium pinjaman,” katanya.
Dijangka langkah-langkah oleh kerajaan akan membantu mengurangkan kesan buruk tetapi penutupan selama dua bulan di bawah Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) dan kenaikan kadar pengangguran (kepada 5.3% pada Mei sebelum turun kepada 4.9% pada Jun) telah memberi “kesan yang jauh lebih besar”, kata Wiranto.
Penguncupan Q2 mungkin menurunkan pertumbuhan KDNK sepanjang tahun sehingga -5.1%. – 14 Ogos, 2020.
Berita penuh di sini.
Komen