Ekonomi Malaysia dijangka pulih tahun depan


Ragananthini Vethasalam

Ekonomi Malaysia dijangka berkembang dalam dalam lingkungan antara -3.5% hingga -5.5% tahun ini sebelum melantun tahun depan. – Gambar fail The Malaysian Insight, 14 Ogos, 2020.

EKONOMI Malaysia dijangka berkembang dalam dalam lingkungan antara -3.5% hingga -5.5% tahun ini sebelum melantun tahun depan, kata Bank Negara Malaysia hari ini.

Bank pusat sudah menyemak semula ramalan pertumbuhan tahun penuhnya untuk 2020 dari unjuran sebelumnya -2% hingga 0.5% berikutan pergerakan terhad akibat Covid-19.

Diumumkan hari ini bahawa produk domestik kasar (GDP) negara menguncup sebanyak -17.1% pada suku kedua, terendah sejak -11.2% dicatatkan pada suku keempat 1998.

Untuk separuh pertama tahun 2020, Malaysia mencatat penurunan -8.3%, kata Gabenor Bank Negara Malaysia Nor Shamsiah Mohd Yunus dalam sidang media maya hari ini.

Beliau berkata Malaysia bersedia untuk pemulihan secara beransur-ansur pada separuh kedua tahun ini. 

“Ekonomi bersedia untuk pulih secara beransur-ansur pada suku kedua dan pulih lebih ketara pada 2021,” katanya.

Pertumbuhan pada suku kedua akan disokong oleh peningkatan dalam pertumbuhan perdagangan global, pembukaan semula ekonomi domestik, prospek pendapatan dan sentimen yang lebih baik untuk menyokong perbelanjaan pengguna.

Langkah-langkah rangsangan juga akan memainkan peranan.

Kesinambungan dalam projek awam yang besar dan pemulihan dalam pengeluaran komoditi juga menjadi faktor sokongan tambahan, kata Nor Shamsiah. – 14 Ogos, 2020.

Berita penuh di sini.


Daftar atau log masuk di sini untuk komen.


Komen