Sudah tiba masanya Pulau Pinang jemput pelancong atasan, mewah


Looi Sue-Chern

PENGANJUR acara antarabangsa menyeru Pulau Pinang mengutamakan pelancong berkelas daripada pelancong biasa-biasa agar dapat mempertahankan identiti dan warisan pulau mutiara itu.

Terkenal sebagai kawasan tumpuan pelancong, Pulau Pinang baru-baru ini telah mengorak langkah membina nama lagi, kali ini sebagai destinasi acara keusahawanan atau MICE (meetings, incentives, conventions and exhibitions).

Bagaimanapun, untuk mencapai ke arah itu, kerajaan negeri perlu mula mengorak langkah sedikit demi sedikit daripada pelancongan kecil-kecilan kepada pelancongan berteras perniagaan, kata pengarah urusan CAT Publication Martin Lewis.

“Bagus mendapat pulangan daripada pelancongan, tetapi awak tidak boleh bawa masuk orang dan jelaskan pendapatan itu sedangkan destinasi (yang disediakan) mendapat kesan negatif.

“Kerajaan negeri patut mengambil kira apa yang mereka mahu jadi sebagai pusat destinasi,” katanya kepada The Malaysian Insight dalam persidangan BE @ Penang 2017 di pusat konvensyen Spice hari ini.

Persidangan dua hari itu dianjur bersama oleh biro konvensyen dan pameran Pulau Pinang dan Meeting Partners oleh Anderes Fourdy.

Persidangan itu dihadiri lebih 200 delegasi daripada industri perniagaan Malaysia, Singapura, Filipina selain beberapa lagi negera.

Lewis yang juga pengarah urusan majalah Meeting & Incentive Travel di United Kingdom sebelum ini mengadakan sesi bertajuk “Trends in Experiential Travel” di mana para panelis berbincang mengenai eko-pelancongan bagi menarik pelancong atasan atau peserta MICE ke Pulau Pinang.

Dalam sesi itu, pemain besar industri turut meluahkan kebimbangan mengenai kesan kedatangan pelancong yang ramai yang memberi kesan kepada identiti Pulau Pinang.


Baca berita penuh di sini.


Daftar atau log masuk di sini untuk komen.


Komen