New Zealand pertimbang lanjut perintah pengurungan 


New Zealand mengesan kluster baharu Covid-19 selepas tiga bulan tiada kes penularan tempatan. – Gambar AFP, 13 Ogos, 2020.

PEGAWAI kesihatan New Zealand berkata oada Rabu, satu kluster Covid-19 di Auckland berkembang, menambah kemungkinan perintah pengurungan yang dikenakan terhadap bandar terbesar di negara itu selepas virus muncul kembali dilanjutkan.

Ketua Pengarah Kesihatan Negara, Ashley Bloomfield berkata seorang pelajar sekolah menengah di Auckland diuji positif, menjadikan jumlah jangkitan yang disahkan kepada lima orang.

“Ini adalah kontak rapat dengan salah satu kes yang disahkan,” kata Bloomfield kepada TVNZ.

Pihak berkuasa kesihatan bergegas melaksanakan pengurungan selepas ujian mendapati empat anggota keluarganya dijangkiti virus dari sumber tidak diketahui.

Ia mengakhiri 102 hari tanpa penularan tempatan, dan menyebabkan arahan tiga hari tinggal di rumah di Auckland yang berakhir pada tengah malam Jumaat.

Bloomfield berkata “hampir pasti” lebih banyak kes akan muncul, dan pasukan pekerja kesihatan bergelut mengenak pasti punca kluster.

“Kami ingin mengetahui seberapa besar kluster itu secepat mungkin, jadi kami menjalankan ujian terhadap semua kontak rapat, di tempat kerja dan yang berkaitan dengan keluarga,” katanya.

“Inilah yang ingin kami lakukan secepat mungkin untuk mengetahui seberapa besar wabak itu dan siapa kes pertama.”

Beliau berkata sebarang keputusan melanjutkan pengurungan bergantung kepada apa yang ditemui oleh siasatan dalam tempoh 24 jam akan datang.

“Masih terlalu awal untuk berkata apa-apa… kita akan dapat lebih banyak maklumat esok,” katanya.

Beliau menolak pertanyaan mengenai sama ada virus itu diimport melalui pengangkutan, kemudian dijangkiti oleh seorang anggota keluarga individu berkenaan, yang bekerja di bilik sejuk untuk barang yang diimport. – AFP, 13 Ogos, 2020.


Daftar atau log masuk di sini untuk komen.


Komen