Tanam Musang King untuk tangani kos sara hidup, kata Umno Pahang


Diyana Ibrahim

Umno Pahang mencadangkan kepada kerajaan menubuhkan skim usahawan kecil mengusahakan tanaman durian Musang King sebagai salah satu usaha menangani isu kos sara hidup. – Gambar fail The Malaysian Insight, 7 Disember, 2017.

PERWAKILAN Umno Pahang mencadangkan kepada kerajaan menubuhkan skim usahawan kecil mengusahakan tanaman durian Musang King sebagai salah satu usaha menangani isu kos sara hidup.

Pewakilan Umno Bahagian Indera Mahkota Suhaimi Sulong berkata ketika ini walaupun harga Musang King boleh mencecah RM800 di luar negara, namun keuntungan itu hanya  dirasai oleh peniaga besar dan bukan usahawan kecil tempatan.

“Harga durian Musang King sekarang sudah cecah RM 800 asyik beri ruang peniaga yang mempunyai ribu ekar tanah tapi kami yang punyai sikit ekar (dusun) berilah ruang juga kepada kami.

“Kalau kami pun diberi ruang dapat nikmat maka sekurang- kurangnya kita dpt selesaikan isu sara hidup,” katanya semasa membahaskan ucapan dasar presiden di Persidangan Perhimpunan Agung Umno 2017.

Kebelakangan ini topik buah durian sering menjadi tumpuan ramai selepas Perdana Menteri Najib Razak menyuarakan hasrat untuk mengeskportnya ke China.

Malah dalam ucapan Bajet 2018, Najib berkata Musang King kini bernilai sehingga RM800 sebiji di Hong Kong.

Tambah Suhaimim lagi, Pahang merupakan negeri pengeluar durian terbesar di Malaysia, malah di Raub saja ia melibatkan 500,000 penanaman pokok.

Selain itu beliau berkata, skim usahawan kecil itu tidak hanya terhad kepada peniaga durian namun pengusaha madu kelulut atau hasil pertanian lain. – 8 Disember, 2017.


Daftar atau log masuk di sini untuk komen.


Komen