Tiada jangkitan tempatan Covid-19 dalam tempoh 24 jam lalu


Petugas kesihatan menjalankan ujian saringan Covid-19 ke atas pelajar di Kota Kinabalu, Sabah.– Gambar fail The Malaysian Insight, 11 Ogos, 2020.

BUAT pertama kali sejak 16 Julai lalu, tiada penularan tempatan kes Covid-19 melibatkan warga negara dilaporkan hari ini, kata Ketua Pengarah Kesihatan Dr Noor Hisham Abdullah. 

Beliau berkata, empat kes penularan tempatan dalam tempoh 24 jam lalu melibatkan warga asing. 

Tiga kes dikaitkan dengan kluster Depoh Tahanan Imigresen Bukit Jalil. Kes terbaharu juga hanya kes aktif dalam kluster 653 jangkitan.

Kes keempat penularan tempatan dikesan di Sabah. 

Sementara itu, lima lagi kes jangkitan adalah kes import, yang mana tiga kes melibatkan warganegara. 

Jumlah jangkitan seluruh negara kini adalah 9,103 yang mana sembilan kes dilaporkan hari ini. 

Enam pesakit telah pulih dan didiscaj daripada hospital sejak 24 jam lalu. 

Ini menjadikan jumlah kes pulih keseluruhan kepada 8,809. 

Tiada kes kematian dilaporkan menjadikannya kekal 125. 

Sementara itu, dua pesakit kini dirawat di unit rawatan rapi.– 11 Ogos, 2020.


Daftar atau log masuk di sini untuk komen.


Komen