PUTRAJAYA akan menurunkan harga jualan topeng pelitup muka tiga lapis kepada RM1 sehelai, kata Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna Alexander Nanta Linggi.
“Kesan daripada penurunan harga kerana bekalan lebih baik, harga siling pelitup muka tiga lapis akan diturunkan kepada RM1 sehelai untuk jualan dan 95 sen untuk jualan borong,” katanya di Parlimen hari ini.
Beliau berkata kerajaan akan menggunakan pendekatan “soft landing” bagi memastikan stok yang dibeli pada harga lebih tinggi, dapat dijual.
“Harga ini diputuskan selepas berunding dengan pengeluar, penjual dan pihak berkepentingan yang lain.
“Namun, kerajaan terbuka untuk menurunkan lagi harga bila perlu,” kata Alexander.
Beliau menjawab soalan Chong Chieng Jen (Stampin-PH) yang minta penjelasan kerajaan mengapa harga siling pelitup muka dinaikkan daripada 80 sen kepada RM1.50. – 11 Ogos, 2020.
Komen