Kes Covid-19 global kini lebih 20 juta


Kes jangkitan Covid-19 global kini melepasi angka 20 juta, dengan Amerika Syarikat, Brazil dan India menduduki tangga ketiga teratas negara paling teruk terjejas. – Gambar AFP, 11 Ogos, 2020.

LEBIH 20 juta kes Covid-19 dilapor di seluruh dunia, lebih separuh daripadanya di benua Amerika, menurut pengiraan AFP berdasarkan data rasmi setakat jam 2215 GMT Isnin.

Sekurang-kurangnya 20,002,577 kes dan 733,842 korban kini dilaporkan. Empat daripada 10 kes dilaporkan di AS dan Brazil, dua negara paling teruk terjejas di dunia.

AS melaporkan 5,075,678 kes dan 163,282 kematian, manakala Brazil melaporkan 3,057,470 kes jangkitan dan 101,752 kematian. – AFP, 11 Ogos, 2020.


Daftar atau log masuk di sini untuk komen.


Komen