Dr Rohaizat kembali bertugas di Kementerian Kesihatan 


Ragananthini Vethasalam

Rohaizat yang bertugas sebagai timbalan ketua pengarah kesihatan (perubatan) bersara pada bulan Julai setelah berkhidmat di kementerian selama 35 tahun. – Gambar ihsan of Kementerian Kesihatan, 10 Ogos, 2020.

DR Rohaizat Yon, salah seorang “rakan seperjuangan” Ketua Pengarah Kesihatan Dr Noor Hisham Abdullah dalam mengemudi operasi menangani Covid-19 kembali berkhidmat dengan Kementerian Kesihatan hingga akhir tahun ini.

Perkara ini diumumkan Dr Noor Hisham pada sidang akhbar mingguannya di Putrajaya hari ini.

Rohaizat yang bertugas sebagai timbalan ketua pengarah kesihatan (perubatan) bersara pada bulan Julai setelah berkhidmat di kementerian selama 35 tahun.

Sebagai salah seorang pegawai yang muncul bersama Noor Hisham semasa sidang media akhbar, Rohaizat juga mendapat perhatian penonton. – 10 Ogos, 2020.


Daftar atau log masuk di sini untuk komen.


Komen