MALAYSIA adalah negara keempat paling utama buat China dalam pelaburan langsung luar negara (ODI) yang menandakan kepercayaan China terhadap kerajaan pimpinan Najib Razak walaupun dalam kekecohan skandal 1Malaysia Development Berhad (1MDB), menurut laporan Economist Intelligence Unit (EIU),
Dari 60 negara yang dinilai laporan EIU China Going Global Indes 2017, Malaysia merupakan antara lima negara yang ekonominya dilihat sedang memuncak naik selepas Singapura, Amerika Syarikat (AS) dan Hong Kong.
“Malaysia melangkah ke tangga keempat dari tangga 21 pada 2015.
“Negara ini muncul sebagai nod utama BRI (Belt and Road Initiative) kerana mengamalkan sikap terbuka terhadap pelaburan China. Juga kerana sokongan diberikan pimpinan Najib yang mana masih terbelenggu dalam skandal dana 1MDB,” kata laporan EIU itu semalam.
Dalam pada itu, Singapura di tempat pertama mendahului AS, yang menurut EIU disebabkan Singapura “mempunyai hubungan rapat dengan China, adanya persekitaran perniagaan terunggul, dan mempunyai kemudahan kepada pasaran Asia Tenggara,” selain faktor perdagangan yang agak tegang antara China dan AS.
Tambah laporan itu lagi, Malaysia dan Singapura menjadi sasaran destinasi BRI kerana kedua negara tersebut memperkenalkan peluang pelaburan terbuka dengan tahap risiko yang rendah.
“Walaupun pernah ada ketegangan politik antara Malaysia dan China suatu masa dahulu, namun hubungan bilateral agak kuat sekarang ini.
“Malah, skor negara itu berpotensi membuka prospek bagi pertumbuhan ekonomi dan eksport, pembuatan, serta dasar terbuka terhadap pelaburan asing (beberapa projek prasarana disokong China sedang rancak di Malaysia).”
Laporan itu juga turut mengeluarkan enam ranking khusus perindustrian meliputi sektor automotif, barangan pengguna, tenaga, perkhidmatan kewangan, kesihatan dan sektor telekomunikasi.
Dalam sektor barangan pengguna, Malaysia tersenarai sebagai ekonomi luar paling menarik untuk pelabur China di tangga kedua selepas AS, dan ditangga ke-10 dalam sektor telekomunikasi. – 8 Disember, 2017.
Baca berita penuh di sini.
Komen
Dimuat naik 8 tahun yang lalu oleh Leslie Chan · Ulasan