Dua kluster Covid-19 baharu dikesan


Ragananthini Vethasalam

Dr Noor Hisham Abdullah berkata bahawa kluster Kurau yang berasal dari Perak telah melaporkan dua kes positif. – Gambar fail The Malaysian Insight, 9 Ogos, 2020.

KEMENTERIAN Kesihatan menemui dua kluster Covid-19 baharu, yang dikenali sebagai kluster Kurau dan Meranti.

Ketua Pengarah Kesihatan Dr Noor Hisham Abdullah dalam satu kenyataan berkata bahawa kluster Kurau yang berasal dari Perak telah melaporkan dua kes positif.

Indeks kes aktif tersebut telah dilaporkan pada 7 Ogos lalu.

Pesakit kedua yang merupakan adik ipar indeks kes diuji positif pada 9 Ogos, setelah pengesanan kes aktif.

“Berikutan itu, keluarganya yang berada di Pulau Pinang telah menjalani saringan dan mendapati lima anggota keluarganya diuji negatif,” kata Hisham.

Sebanyak 115 kontak rapatnya disaring, dan 106 daripada mereka adalah negatif.

Sementara itu, kluster kedua iaitu Meranti adalah melibatkan pekerja kesihatan yang merupakan kontak rapat pesakit Covid-19 yang diuji positif Covid-19 semasa pemeriksaan pra-operasi.

Pekerja kesihatan itu bekerja di tempat pesakit mendapatkan rawatan.
 
Noor Hisham berkata, pengesanan kes aktif sedang dilakukan dan 15 orang telah diperiksa setakat ini.

Punca jangkitan bagaimanapun masih dalam siasatan. – Bernama, 9 Ogos, 2020.


Daftar atau log masuk di sini untuk komen.


Komen