2 lokasi peranginan Belgium larang kemasukan pengunjung luar


Polis menahan beberapa individu semalam di pantai Blankenberge selepas pergaduhan tercetus antara pegawai dan belia yang enggan mematuhi arahan keselamatan. – Gambar YouTube, 10 Ogos, 2020.

DUA kawasan peranginan di pantai Belgium mengumumkan langkah menyekat kemasukan pelawat luar selepas pergaduhan tercetus antara polis dan golongan belia yang enggan mematuhi arahan keselamatan mengekang Covid-19.

Knokke-Heist dan Blankenberge, dua pekan popular di utara Belgium dekat sempadan Belanda, mengambil langkah itu bagi menjamin keselamatan umum.

Polis menahan beberapa individu semalam di pantai Blankenberge selepas pergaduhan tercetus antara pegawai dan belia yang enggan mematuhi arahan keselamatan.

Dua pekan itu kebiasaannya menjadi tumpuan pengunjung untuk berehat pada musim panas dan menjadi antara lokasi paling teruk dilanda wabak Covid-19 di Eropah.

Knokke-Heist turut mengambil langkah sama selepas insiden pergaduhan tercetus beberapa kali.

Pihak berkuasa juga mengadakan sekatan jalan bagi memeriksa orang ramai sama ada tinggal di bandar itu atau tinggal di hotel atau bekerja di sana. – AFP, 9 Ogos, 2020.


Daftar atau log masuk di sini untuk komen.


Komen