LEBIH 10,000 orang maut akibat koronavirus di Afrika Selatan sejak wabak itu muncul di negara berkenaan pada Mac lepas, kata kementerian kesihatan semalam.
Negara perindustrian itu juga mencatatkan 553,188 jangkitan, lebih separuh jumlah kes di benua berkenaan dan jumlah kes Covid-19 kelima terbesar di dunia.
Menteri Zweli Mihize berkata sebanyak 301 kematian baharu dicatatkan.
“Ini bermakna kita sudah melepasi angka 10,000 kematian dengan jumlah 10,210 kematian kini dicatatkan,” katanya.
Lebih separuh kematian dicatatkan semalam adalah di wilayah tenggara KwaZulu-Natal (KZN).
Majlis Nasional semalam mengumumkan bahawa ahli politik pembangkang veteran yang berpangkalan di KZN dan ahli parlimen Mangosuthu Buthelezi, 91, tahun disahkan positif Covid-19 tetapi tidak simptomatik.
Ketika Afrika Selatan menjadi negara paling teruk terjejas akibat jangkitan yang tinggi, kadar kematiannya pula hanya sekadar sekitar 1.8 peratus, salah satu yang paling rendah di antara negara-negara dengan jumlah kes yang tinggi. – AFP, 9 Ogos, 2020.
Komen