7 kes positif Covid-19, 47 pulih dan tiada kematian baharu


Aminah Farid

MALAYSIA mencatatkan tujuh kes positif Covid-19 baharu, dengan satu jangkitan daripada penularan tempatan, kata Ketua Pengarah Kesihatan Dr Noor Hisham Abdullah.

Dari tujuh kes baharu tersebut, enam adalah kes import melibatkan tiga rakyat Malaysia dan tiga warga asing.

Tidak ada kematian baharu dilaporkan, menjadikan angka kematian masih pada angka 125, sementara 47 kes pulih dicatat.

Jumlah kes keseluruhan Covid-19 ketika ini adalah 9,070, dan angka kes pulih berjumlah 8,775. Ketika ini, 170 kes aktif dicatatkan. – 8 Ogos, 2020.

MENYUSUL 


Daftar atau log masuk di sini untuk komen.


Komen