SEBUAH rumah agam yang dibina seorang pegawai Melayu berpengaruh pada zaman pemerintahan Rajah Putih Sarawak, akan dipindahkan ke kawasan lain bagi mengekalkan warisan dan sejarah bangunan itu.
Bangunan Darul Kurnia yang dibina pada 1930-an kini digunakan sebagai bangunan pentadbiran Sekolah Menengah Chung Hua No.4.
Ketua Menteri Abang Johari Openg berkata pentadbir sekolah itu yang terletak di Jalan Haji Taha sudah menyuarakan hasrat mereka untuk berpindah ke lokasi lain.
Beliau berkata tapak yang sedia ada tidak lagi sesuai untuk operasi sebuah sekolah.
Dengan penempatan semula sekolah itu, bangunan lama bersejarah itu boleh dikekalkan memandangkan Kerajaan Negeri Sarawak akan melaksanakan pelan pembaharuan di Bandar Kuching.
Bercakap kepada pemberita selepas memeriksa perkembangan projek pelan pembaharuan itu, ketua menteri itu berkata tiada lagi ruang untuk meluaskan sekolah tersebut.
Terletak di kawasan padat, sekolah itu mempunyai seramai 1,200 pelajar dan dihimpit kawasan komersial dan sebuah perkampungan Melayu.
“Mereka meminta untuk berpindah lokasi. Kawasan itu tidak sesuai lagi untuk operasi sekolah,” kata Abang Johari.
Beliau berkata rundingan masih diteruskan dan berharap sekolah itu akan mencapai keputusan pada tahun depan.
Berita penuh di sini.
Komen