ANGKA kematian akibat pandemik Covid-19 di Mexico melepasi 50,000 orang semalam, kata kerajaan.
Mexico merupakan negara ketiga paling teruk terjejas di dunia akibat virus itu.
Kementerian Kesihatan semalam lapor 819 kes baharu Covid-19, menjadikan jumlah keseluruhan kematian kini 50,517 orang sejak Mexico dilanda wabak itu pada Februari.
Jumlah keseluruhan jangkitan sehingga kini 462,690, tambah kementerian itu.
Mexico kini negara ketiga paling tinggi rekod kematian akibat Covid-19 selepas Brazil dan Amerika Syarikat (AS).
Angka kematian yang direkodkan jauh melebihi 6,000 hingga 30,000 yang dijangkakan Presiden Andres Manuel Lopez Obrador pada hujung Februari lalu. – AFP, 7 Ogos, 2020.
Komen