JUMLAH kes koronavirus di seluruh dunia melepasi angka 19 juta pada Khamis, ketika negara Eropah mengenakan sekatan perjalanan dan langkah pengekangan baharu susulan kebimbangan gelombang kedua jangkitan.
Data global, yang dikumpul AFP daripada sumber rasmi pada 2300 GMT, berlaku lonjakan di Amerika Latin dan India - dan Afrika yang kini mencecah 1 juta kes.
Kematian global akibat wabak ini meningkat 700,000 orang, dan Eropah terus menjadi wilayah paling teruk di dunia dengan lebih 200,000 kematian sejak virus itu pertama kali muncul di China akhir tahun lalu.
Lebih separuh kes Afrika berada di Afrika Selatan, yang mempunyai jumlah jangkitan kelima tertinggi di dunia, selepas Amerika Syarikat (AS), Brazil, India dan Rusia.
Walaupun begitu, benua Afrika paling terjejas, menurut angka rasmi, dengan hanya Oceania mencatat kurang kes Covid-19.
Ketika kerajaan di seluruh dunia bergelut menyelamatkan ekonomi terjejas disebabkan perintah berkurang selama berbulan-bulan, banyak yang terpaksa mengenakan langkah baharu untuk mengekang wabak Covid-19 sejak mereka menarik semula perintah sekatan.
Di Australia, bandar raya kedua terbesar di Melbourne mengenakan perintah berkurung paling ketat pada Khamis, menutup perniagaan tidak penting dan mengarahkan ratusan ribu orang lagi tidak keluar rumah.
Wabak ini membunuh sekurang-kurangnya 712,315 orang di seluruh dunia dengan AS mencatatkan kematian tertinggi dengan hampir 160,000, diikuti oleh Brazil dengan hampir 100,000. Di peringkat global, 40% daripada semua kes direkodkan di kedua-dua negara.
Jerman adalah negara terbaru memperkenalkan ujian wajib bagi pelancong yang kembali dari zon berisiko, mulai Sabtu, kerana kebimbangan peningkatan jumlah kes susulan cuti musim panas dan jangkitan tempatan.
Senarai “zon risiko” Jerman pada masa ini merangkumi kebanyakan negara bukan EU, serta wilayah tertentu di Belgium dan Sepanyol.
Austria pada Khamis mengumumkan akan mengeluarkan amaran perjalanan bagi Sepanyol, menjadi negara terbaru yang melakukannya ketika peningkatan kes koronavirus pada anggota EU.
Finland juga memperkenalkan kawalan baharu bagi kedatangan dari beberapa negara EU, termasuk Belgium, Belanda dan Andorra, menyekat pelancong yang tiba dari sana dan mengenakan kuarantin 14 hari kepada rakyat yang pulang.
“Situasinya sangat rumit,” kata pengarah strategi kementerian kesihatan Liisa-Maria Voipio-Pulkki, sambil menambahkan seolah-olah “tahap kedua bermula”.
Britain mengenakan semula kuarantin kepada pelancong dari Belgium, Andorra dan Bahamas.
Norway pada Khamis mengumumkan Perancis akan dianggap sebagai zon merah kerana pertambahan semula kes koronavirus di sana, yang bermaksud semua pelancong yang tiba dari Perancis terpaksa dikenakan kuarantin wajib selama 10 hari. – AFP, 7 Ogos, 2020.
Komen