Tommy usul penyelesaian luar mahkamah dengan Goldman Sachs, kata Tengku Zafrul


Chan Kok Leong

Menteri Kewangan Tengku Zafrul Tengku Abdul Aziz berkata Tommy Thomas ada menulis sepucuk surat untuk mengusulkan penyelesaian di luar mahkamah dengan Goldman Sachs. – Gambar fail The Malaysian Insight, 6 Ogos, 2020.

BEKAS Peguam Negara Tommy Thomas mengusulkan penyelesaian di luar mahkamah dengan Goldman Sachs mengenai usaha Malaysia mendapatkan semula dana dan aset yang diseleweng dari 1Malaysia Development Bhd (1MDB), kata Menteri Kewangan Tengku Zafrul Tengku Abdul Aziz kepada Dewan Rakyat.

Tengku Zafrul mendakwa ada sepucuk surat yang ditulis oleh Thomas mengenai hal itu.

“Bekas Peguam Negara sedang mencari penyelesaian dengan Goldman Sachs,” katanya semasa ucapan penggulungannya di Dewan Rakyat hari ini.

Beliau memberitahu Dewan Rakyat bahawa “surat yang tidak pernah didedahkan sebelum ini” bertarikh 11 Februari tahun ini dari Thomas yang memberitahu perdana menteri ketika itu Dr Mahathir Mohamad bahawa Goldman Sachs bersetuju menaikkan tawaran mereka dari AS$1.5 bilion atau RM6.28 bilion (pada Disember 2019) kepada AS$1.75 bilion RM7.3 bilion).

“Jumlah ini merangkumi pembayaran cukai AS$164 juta dan bayaran AS$567 juta.

“Cadangan Thomas dalam surat itu adalah untuk mencari penyelesaian di luar mahkamah,” kata Tengku Zafrul.

Beliau berkata jumlah yang akhirnya diselesaikan oleh kedua pihak - dengan wang tunai AS$2.5 bilion - adalah 42% lebih tinggi daripada tawaran pada Februari.

Tengku Zafrul berkata, kerajaan juga menerima jaminan dari bank pelaburan bahawa Malaysia akan menerima hasil AS$1.4 bilion dari penjualan aset yang dibeli dengan wang 1MDB.

Ahli Parlimen pembangkang berdiri untuk membantah dakwaan Tengku Zafrul.

Tony Pua (Damansara-PH), yang berada di Kementerian Kewangan semasa pemerintahan Pakatan Harapan berkata bahawa Thomas tidak pernah menghalang kerajaan untuk melakukan penyelesaian di luar mahkamah. – 6 Ogos, 2020.

Berita penuh di sini.


Daftar atau log masuk di sini untuk komen.


Komen