Lebih 500 banduan di penjara AS positif Covid-19


LEBIH 500 banduan - hampir separuh daripada penghuni  - sebuah penjara di Arizona, Amerika Syarikat (AS) diuji positif Covid-19, lapor agensi berita Xinhua, memetik pegawai penjara. 

Menurut Jabatan Pemulihan Arizona, 517 banduan di penjara ASPC-Tucson Whetstone dijangkiti virus itu, mereka kini sedang menerima rawatan dan diasingkan di tempat lain. 

“Mereka tidak akan dibenarkan kembali ke penjara sehingga benar-benar disahkan sembuh,” kata jabatan itu dalam satu kenyataan.

Jumlah kes Covid-19 di AS melebihi 4.8 juta iaitu 4,802,275 pada Rabu, menurut Johns Hopkins University.

Daripada jumlah kes jangkitan di Arizona, tujuh kematian dilaporkan di penjara di negara itu. – Bernama, 6 Ogos, 2020.


Daftar atau log masuk di sini untuk komen.


Komen