Kes banglo Guan Eng boleh dibuka semula jika ada bukti baharu, kata menteri


Chan Kok Leong Bede Hong

Lim Guan Eng didakwa melakukan rasuah pada 2016 kerana membeli harta tanah di bawah harga pasaran daripada bekas tuan rumahnya, ketika beliau menjadi ketua menteri Pulau Pinang. – Gambar fail The Malaysian Insight, 5 Ogos, 2020.

WALAUPUN Lim Guan Eng dibebaskan daripada kes pembelian banglo, Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) boleh membuka semula siasatan terhadap bekas menteri kewangan itu jika terdapat “bukti baharu” muncul, kata kerajaan.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri Takiyuddin Hassan dalam jawapan bertulis Parlimen berkata tiada halangan undang-undang bagi agensi anti-rasuah untuk membuka semula kes tersebut kerana ia adalah badan bebas.

Beliau berkata peguam negara ketika itu, Tommy Thomas, mengarahkan mahkamah melepaskan tanpa membebaskan, yang bermaksud Lim tidak boleh didakwa lagi berdasarkan bukti yang sama.

Takiyuddin berkata Mahkamah Tinggi Pulau Pinang memberikan pembebasan tersebut selepas mendengar pendakwaan daripada Jabatan Peguam Negara mengemukakan ada petunjuk baru dalam kes ini.

“Namun, peguam negara, tidak membuat rayuan lebih lanjut terhadap keputusan mahkamah.”

Jawapan bertulis Takiyuddin itu bagi menjawab soalan Ahli Parlimen PAS Pasir Mas Ahmad Fadhli Shaari, yang bertanya apakah kerajaan Perikatan Nasional akan membuka semula kes tersebut.

Lim dibebaskan pada 3 September 2018 atas tuduhan rasuah berhubung pembelian banglo di Jalan Pinhorn, Pulau Pinang.

Lim didakwa melakukan rasuah pada 2016 kerana membeli harta tanah di bawah harga pasaran daripada bekas tuan rumahnya Phang Li Khoon, ketika beliau menjadi ketua menteri. β€“ 5 Ogos 2020.

Berita penuh di sini


Daftar atau log masuk di sini untuk komen.


Komen