Akta komunikasi multimedia digunakan sekat kebebasan bersuara, kata Suaram


Asila Jalil

Laporan Hak Asasi Manusia Malaysia dikeluarkan Suaram mengatakan wujud penurunan mendadak pemakaian Akta Hasutan tetapi berlaku peningkatan mendadak Akta Komunikasi dan Multimedia yang digunakan untuk menyekat kebebasan bersuara di Malaysia. – Gambar The Malaysian Insight oleh Nazir Sufari, 7 Disember, 2017.

Akta Komunikasi dan Multimedia 1998 (CMA) kini banyak digunakan untuk menyekat hak bersuara di Malaysia, kata Laporan Hak Asasi Suaram 2017.

Jika sebelum ini Akta Hasutan 1948 digunakan, sekarang tidak lagi kerana hanya sembilan kes akta itu dilaporkan pada 2017, sebaliknya sekatan kebebasan bersuara kini menggunakan CMA apabila wujudnya peningkatan mendadak pemakaian akta itu. 

“Dengan pelaksanaan Akta Hasutan 1948 kini jarang digunapakai oleh pihak berkuasa, tangkapan, penahanan dan pendakwaan berkaitan kebebasan bersuara kebanyakannya jatuh di bawah Akta Multimedia dan Komunikasi 1998 dan undang-undang lain,” kata laporan itu yang dilancarkan hari ini di Dewan Perhimpunan Cina Selangor dan Kuala Lumpur.

Menurut laporan itu, terdapat 269 kes melibatkan CMA antara Januari dan 30 September tahun ini, daripada jumlah itu 146 kes disiasat di bawah Seksyen 233 CMA dengan 56 kertas siasatan dihantar kepada Jabatan Peguam Negara.

Laporan Suaram itu memetik handsard Parlimen mengandungi kenyataan Timbalan Menteri Komunikasi dan Multimedia Jalilani Johari bertarikh 6 November tahun ini.

Penyelaras Program Suaram Dobby Chew berkata wujud peningkatan mendadak penggunaan Akta Hasutan selepas Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) dimansuhkan.

“(Tetapi) sekarang Akta Hasutan, apabila mereka gunakan, ia adalah untuk kes khusus.

“Selepas itu mereka memutuskan untuk beralih kepada Akta Komunikasi dan Multimedia, undang-undang itu terlalu luas, dan ia boleh ditafsirkan seluasnya untuk apa sahaja. Ia menjadikan pendakwaan sangat mudah,” kata Chew lagi. – 7 Disember, 2017.

Berita penuh di sini.


Daftar atau log masuk di sini untuk komen.


Komen