LEBIH 18 juta orang dijangkiti Covid-19 di seluruh dunia setakat ini, menurut data yang diperolehi AFP semalam.
Sekurang-kurangnya 18,011,763 kes direkodkan, di mana sejuta kes baharu dikesan hanya dalam tempoh empat hari lalu.
Kebanyakan kes dilaporkan di Amerika Syarikat (AS), Amerika Latin dan wilayah Caribbean.
AS negara paling teruk terjejas di dunia dengan 4,657,693 kes dengan 154,793 kematian direkodkan setakat ini. Ini diikuti Brazil (2,733,677 kes dan 94,104 kematian) dan India (1,750,723 kes 37,364 kematian).
Seramai 687,941 orang maut akibat jangkitan Covid-19 di seluruh dunia sehingga kini.
Data diperolehi dari pihak berkuasa dan Pertubuhan Kesihatan Dunia (WHO). – AFP, 3 Ogos, 2020.
Komen