Lebih 680,000 maut akibat Covid-19, PBB beri amaran


Mayat seorang wanita warga emas yang meninggal dunia akibat Covid-19 dibawa untuk dikebumikan di Johannesburg, Afrika Selatan. – Gambar EPA, 2 Ogos, 2020.

AGENSI Kesihatan PBB memberi amaran pandemik koronavirus akan berpanjangan selepas jumlah kes di Afrika Selatan mencapai angka setengah juta.

Enam bulan selepas Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) mengisytiharkan darurat global, Covid-19 sudah membunuh lebih 680,000 orang dan menjangkiti lebih 17.5 juta orang, menurut laporan AFP.

Afrika Selatan merupakan negara paling teruk terjejas di Afrika apabila menyumbang lebih daripada jangkitan yang didiagnosis walaupun Presiden Cyril Ramaphosa berkata kadar kematian lebih rendah daripada purata global.

Nigeria pada Sabtu mengumumkan akan melonggarkan sekatan di Lagos yang membolehkan gereja dan masjid dibuka semula minggu depan.  

Agensi itu berkata kesan wabak itu “akan dirasakan selama beberapa dekad akan datang”.

Mexico mengatasi Britain menjadi negara ketiga terjejas teruk akibat virus berkenaan selepas Brazil dan Amerika Syarikat dengan lebih 46,600 kes maut.

Walaupun banyak negara Amerika Latin mulai melonggarkan sekatan di rumah, virus itu dilihat merebak dengan cepat di banyak wilayah yang kini mencatat lebih dari empat juta kes dan hampir 200,000 kematian.

Separuh dari mereka yang berada di Brazil di mana Presiden Jair Bolsonaro berkata beliau yakin “hampir semua orang” akan dijangkiti virus berkenaan.

Amerika Syarikat, negara paling terjejas teruk di dunia kini mencatatkan lebih 4.6 juta kes dan 154,319 kematian. – AFP, 2 Ogos, 2020.


Daftar atau log masuk di sini untuk komen.


Komen