PEMIMPIN ajaran sesat Korea Selatan ditangkap pada Sabtu kerana didakwa menghalang usaha kerajaan untuk mengekang wabak itu.
Lee Man-hee, 88, adalah ketua Gereja Shincheonji, yang sering dikecam sebagai kultus.
Orang ramai yang mempunyai kaitan dengan gereja menyumbang lebih separuh kes koronavirus, sebanyak 4,000 pada Februari ketika negara itu dilanda salah satu wabak terburuk di dunia.
Pada 19 Julai, mereka berkaitan dengan gereja terdiri merupakan 38% daripada jumlah keseluruhan kes koronavirus yang disahkan di negara itu, menurut Pusat Pengendalian dan Pencegahan Penyakit Korea.
Lee dituduh memberikan rekod perjumpaan gereja yang tidak tepat dan daftar anggota yang salah kepada pihak berkuasa kesihatan.
Beliau ditahan pada Sabtu pagi “setlepas Mahkamah Daerah Suwon mengeluarkan waran tangkap jam 1.20 pagi”, kata jurucakap mahkamah kepada AFP.
Hakim berkata ada “keadaan yang menunjukkan percubaan sistematik untuk memusnahkan bukti” oleh Lee, lapor agensi berita Yonhap.
Shincheonji mendakwa anggotanya berdepan stigma sosial dan diskriminasi jika kepercayaan mereka diketahui umum, yang memujuk beberapa pihak agar tidak menjawab pertanyaan rasmi.
Lee juga dituduh menggelapkan 5.6 bilion won (AS$4.69 juta) dari dana gereja dan mengadakan acara keagamaan di kemudahan awam tanpa kebenaran.
Beliau meminta maaf pada Mac atas penyebaran penyakit ini.
Sejak itu Selatan kembali normal, dilihat berjaya mengawal wabak dengan program “jejak, uji dan rawat” yang meluas.
Pegawai di negara mempunyai 52 juta penduduk itu mengumumkan 31 kes baharu pada Sabtu, menjadikan jumlahnya sebanyak 14,336. – AFP, 1 Ogos, 2020.
Komen