AS catat lebih 1,400 kematian Covid-19 dalam tempoh 24 jam


AS kini mempunyai 153,268 kematian akibat Covid-19, menjadikan ia negara paling teruk terjejas di dunia. – Gambar AFP, 1 Ogos, 2020.

AMERIKA Syarikat (AS) menyaksikan 1,442 kematian baharu akibat pandemi koronavirus dalam tempoh 24 jam menjelang 8.30 malam Jumaat (0030 GMT Sabtu), menurut perkiraan Universiti Johns Hopkins.

Ini adalah hari keempat berturut-turut ia membabitkan lebih 1,200 kematian, menurut kolej yang berpusat di Baltimore.

AS kini mempunyai 153,268 kematian akibat Covid-19, menjadikan ia negara paling teruk terjejas di dunia.

Dengan 69,000 kes dicatatkan pada Jumaat, AS menyaksikan lebih 4.5 juta jangkitan sejak awal wabak, dengan sekurang-kurangnya 1.4 juta daripadanya pulih.

Pihak berkuasa kesihatan berkata pada Jumaat ratusan kanak-kanak dijangkiti koronavirus di kem musim panas di Georgia bulan lalu, menguatkan bukti kanak-kanak di bawah umur terdedah risiko terhadap jangkitan dan vektor penularan. – AFP, 1 Ogos, 2020.


Daftar atau log masuk di sini untuk komen.


Komen