EKONOMI Thailand bertambah baik daripada bulan sebelumnya berikutan kelonggaran secara berperingkat langkah-langkah sekatan pergerakan yang dilaksanakan, yang menyokong penyambungan semula aktiviti ekonomi.
Bank of Thailand (BoT) berkata nilai eksport barangan tidak termasuk emas, penggunaan swasta dan petunjuk pelaburan swasta dan pengeluaran pembuatan menguncup pada kadar yang rendah.
“Perbelanjaan awam meningkat dalam perbelanjaan semasa dan juga modal. Bagaimanapun, sektor pelancongan terus menyusut dengan ketara disebabkan sekatan perjalanan antarabangsa,” kata bank pusat itu dalam satu kenyataan.
BoT berkata nilai eksport barangan turun 24.6% daripada tempoh yang sama tahun lepas, naik sedikit berbanding bulan sebelumnya.
Kecuali emas, ia berkata, kadar penguncupan berkurangan dengan ketara kepada 18.4% daripada 29.0% bulan lepas.
“Ini berikutan peningkatan eksport dalam hampir semua kategori seiring dengan aktiviti ekonomi yang bertambah baik di negara-negara rakan dagangan selepas langkah-langkah sekatan dilonggarkan,” kata bank pusat. – Bernama, 1 Ogos, 2020.
Komen