Jepun tarik semula larangan kemasukan warga asing


Mulai 5 Ogos mereka yang keluar dari Jepun dimasukkan dalam senarai larangan akan dapat memohon untuk kembali ke negara berkenaan. – Gambar EPA, 30 Julai, 2020.

JEPUN akan menarik semula larangan kemasukan warga asing bagi mengekang penyebaran Covid-19 mulai minggu depan, umum Kementerian Luar Negeri.

Sehingga kini seramai 90,000 warga asing mendapat permit penduduk termasuk pelajar, ahli perniagaan dan pelatih kini terkandas di luar Jepun selepas pihak berkuasa melarang kemasukan lebih 100 negara sebagai tindak balas terhadap wabak global.

Mulai 5 Ogos mereka yang keluar dari Jepun dimasukkan dalam senarai larangan akan dapat memohon untuk kembali ke negara berkenaan, kata Kementerian Luar Negeri dalam satu kenyataan semalam.

Mereka yang layak perlu mendapatkan “surat pengesahan semula” dari pegawai diplomatik Jepun dan mengemukakan bukti negatif saringan Covid-19 yang dilakukan dalam 72 jam penerbangan mereka.

Mulai 1 September syarat-syarat tersebut juga akan digunakan untuk warganegara asing dalam kategori lain termasuk penduduk tetap atau jangka panjang dan pasangan serta anak-anak warganegara Jepun atau penduduk tetap.

Jepun mengenakan larangan masuk pelawat dari lebih 140 negara dan wilayah tetapi kerajaan berkata mereka akan melonggarkan sekatan secara bertahap. – AFP, 30 Julai, 2020.


Daftar atau log masuk di sini untuk komen.


Komen