Malaysia, Singapura setuju teruskan RTS


Perdana Menteri Muhyiddin Yassin bertemu Perdana Menteri Singapura Lee Hsein Loong di tengah-tengah Tambak Johor sebagai simbolik persetujuan meneruskan projek Sistem Rapid Transit. – Gambar fail The Malaysian Insight, 30 Julai, 2020.

MALAYSIA Singapura hari ini bersetuju meneruskan projek Sistem Rapid Transit dengan pemimpin dari kedua-dua negara bertemu di tengah-tengah Tambak Johor sebagai simbolik persetujuan.

Terdahulu, kedua-dua Perdana Menteri Muhyiddin Yassin dan Perdana Menteri Singapura Lee Hsien Loong diiringi bersama beberapa menteri kabinet masing-masing tiba di laluan darat tersibuk dunia itu pada kira-kira pukul 10 pagi.

Pada pertemuan itu, kedua-dua Perdana Menteri menyaksikan Menteri Pengangkutan Ir Dr Wee Ka Siong dan Menteri Pengangkutan Singapura Ong Ye Kung memegang dokumen rasmi sebagai simbolik bersetuju meneruskan projek RTS.

Turut hadir pada majlis simbolik itu ialah Menteri Kanan Mohamed Azmin Ali, yang juga Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri; Menteri Luar Hishammuddin Hussein dan Menteri Besar Johor Ir Hasni Mohammad.

Di pihak Singapura pula, antara yang hadir ialah Menteri Luarnya Dr Vivian Balakrishnan dan bekas Menteri Pengangkutan Khaw Boon Wan. – Bernama, 30 Julai, 2020.


Daftar atau log masuk di sini untuk komen.


Komen