PERDANA Menteri Muhyiddin Yassin akan membuat pengumuman khas petang ini mengenai lanjutan moratorium pembayaran pinjaman bank.
Pengumuman pada jam 3 petang itu akan disiarkan secara langsung di RTM, Bernama TV, TV3 dan Astro Awani, kata Pejabat Perdana Menteri.
Kerajaan mengumumkan moratorium pembayaran pinjaman selama enam bulan pada Mac yang bermula pada April hingga September dengan tujuan mengurangkan aliran tunai bagi mereka yang terkesan akibat Covid-19.
Perniagaan ditutup dan ekonomi terhenti apabila kerajaan menguatkuasakan perintah kawalan pergerakan (PKP) mulai 18 Mac sebelum secara perlahan-lahan melonggarkan sekatan secara bertahap pada Mei dan Jun.
Walaupun pembukaan semula ekonomi, Jabatan Perangkaan pada awal bulan ini berkata kadar pengangguran meningkat dari 5% pada April kepada 5.3% pada Mei, peningkatan 47,300 pengangguran kepada 826,100.
Persekutuan Majikan-Majikan Malaysia juga meramalkan wabak Covid-19 akan menyebabkan lebih daripada dua juta orang hilang pekerjaan. – 29 Julai, 2020.
MENYUSUL
Komen