AS catat 57,000 kes baharu Covid-19


Petugas kesihatan melakukan ujian saringan Covid-19 lokasi ujian virus berkenaan di New York, Amerika Syarikat. – Gambar EPA, 28 Julai, 2020.

AMERIKA Syarikat semalam mencatatkan 57,039 kes baharu Covid-19 dalam tempoh 24 jam, lapor Johns Hopkins University.

AS merupakan negara yang terjejas teruk akibat Covid-19 apabila mencatatkan jumlah kes sebanyak 4,286,663, menurut universiti yang berpusat di Baltimore itu.

Tambahan 679 kematian menjadikan jumlah kematian keseluruhan sebanyak 147,588 orang.

Selepas penurunan kadar jangkitan pada akhir musim bunga AS menyaksikan lonjakan kes baru-baru ini terutama di negeri-negeri selatan dan barat seperti California, Texas, Alabama dan Florida.

Sehingga Ahad jumlah jangkitan harian melebihi 60,000 selama 12 hari berturut-turut dengan beberapa hari mencatat lebih 70,000 kes baharu.

Pada hujung minggu lalu jumlah kematian yang dilaporkan dalam 24 jam melebih 1,000 selama empat hari berturut-turut.

Kali terakhir jumlah jangkitan sangat tinggi adalah pada Mei.

Berlaku sedikit penurunan pada Ahad dan Isnin mungkin disebabkan tindakan pihak berkuasa tempatan yang lebih lambat pada hujung minggu. – AFP, 28 Julai, 2020.


Daftar atau log masuk di sini untuk komen.


Komen