MALAYSIA melaporkan tujuh kes baharu Covid-19 setakat tengah hari ini yang mana tiga daripadanya adalah penularan tempatan, kata Ketua Pengarah Kesihatan Dr Noor Hisham Abdullah hari ini.
Kes terbaharu itu menjadikan jumlah keseluruhan jangkitan kepada 8,904.
Tambah Noor Hisham kesemua tiga kes penularan tempatan itu membabitkan rakyat Malaysia dan dikesan di Sabah.
Kesemua tiga kes berkenaan dikesan ketika ujian saringan pasca pembedahan.
Manakala empat kes lagi merupakan kes import.
Sementara itu, seorang pesakit dilaporkan pulih dan didiscaj daripada hospital hari ini dan tiada pesakit dirawat di unit rawatan rapi (ICU).
Ini menjadikan jumlah keseluruhan kes pulih kepada 8,601.
Dalam pada itu, kes aktif pula kekal pada 179.
Tiada kematian dilaporkan hari ini menjadikan jumlahnya kekal 124. – 27 Julai, 2020.
Komen