Tanah besar China catat 61 kes baharu Covid-19


Petugas kesihatan melakukan saringan Covid-19 ke atas seorang penduduk di China. – Gambar EPA, 27 Julai, 2020.

PIHAK berkuasa kesihatan pada Isnin menerima laporan 61 kes baharu Covid-19 yang disahkan termasuk empat kes import dan 57 jangkitan tempatan di tanah besar China, lapor agensi berita Xinhua.

Sebanyak 41 daripada 57 kes tempatan dilaporkan di Wilayah Autonomi Xinjiang Uygur, 14 di wilayah Liaoning dan dua di Jilin, kata Suruhanjaya Kesihatan Kebangsaan dalam laporan hariannya.

Semua kes itu dicatatkan pada Ahad dengan tiada kematian dilaporkan. – Bernama, 27 Julai, 2020.


Daftar atau log masuk di sini untuk komen.


Komen