AS catat lebih 55,000 kes Covid-19 dalam 24 jam


Seorang pekerja kesihatan memeriksa pesakit di lokasi ujian Covid-19 yang dikendalikan di bandar di New York, Amerika Syarikat. – Gambar EPA, 27 Julai, 2020.

AMERIKA Syarikat semalam merekodkan 55,187 kes baharu Covid-19 dalam tempoh 24 jam, menurut data yang dikeluarkan oleh Johns Hopkins University.

Negara yang paling teruk terjejas akibat virus berkenaan kini mencatatkan 4,229,624 kes dengan penambahan 518 kematian baharu menjadikan jumlah keseluruhan kematian kepada 146,909 orang.

Selepas penurunan kadar jangkitan pada akhir musim bunga AS kini menyaksikan lonjakan kes Covid-19 terutama di negeri-negeri selatan dan barat seperti California, Texas, Alabama dan Florida.

Kali terakhir jumlah kes baharu harian di bawah 60,000 adalah hampir dua minggu lalu iaitu pada 13 Julai.

Saintis mengakui peningkatan kadar kematian disebabkan oleh peningkatan jangkitan dengan kadar kematian setiap hari selama empat hari melebihi 1,000 orang. – AFP, 27 Julai, 2020.


Daftar atau log masuk di sini untuk komen.


Komen