AUSTRALIA melaporkan 10 kematian semalam dan peningkatan jangkitan baharu walaupun sudah ada usaha pencegahan yang intensif.
Angka kematian Covid-19 negara itu meningkat kepada 155 orang dan Victoria melaporkan lebih 450 jangkitan baharu dalam 24 jam terakhir.
Perdana Menteri Daniel Andrews berkata 10 orang berusia antara 40 hingga 80 tahun meninggal dunia di mana tujuh kematian berkaitan dengan wabak di kemudahan penjagaan warga emas.
Ini adalah kejadian kehilangan nyawa terburuk akibat virus di Australia sejak penyakit ini pertama kali muncul, menurut laporan yang disusun oleh AFP.
Australia mencatat 14,000 kes Covid-19, lebih sedikit dari negara lain yang teruk terjejas akibat virus berkenaan dalam satu hari.
Jumlah kes baharu tetap tinggi dalam beberapa hari kebelakangan ini walaupun lima juta orang di Melbourne lebih dua minggu terakhir diletakkan di bawah perintah pengurungan.
Topeng muka diwajibkan untuk dipakai di sekitar babdar Victoria hampir ditutup dari seluruh negara.
Polis dan tentera menjaga sempadan negara dan mengunjungi rumah ke rumah untuk memastikan perintah pengurungan diikuti.
Namun 459 kes baharu dilaporkan di Victoria semalam meningkat dari 357 kes pada Sabtu,
“Jumlah berubah dengan cepat namun kita harus menyatakan bahawa jumlah ini terlalu tinggi,” katanya. – AFP, 27 Julai, 2020.
Komen