AS gandakan perbelanjaan untuk pembangunan vaksin Covid-19


AMERIKA Syarikat telah menggandakan pelaburannya hampir AS$ 1 bilion untuk mempercepatkan pembangunan vaksin Covid-19 yang hari ini memulakan fasa akhir ujian klinikal. – Gambar EPA, 27 Julai, 2020.

AMERIKA Syarikat telah menggandakan pelaburannya hampir AS$ 1 bilion untuk mempercepatkan pembangunan vaksin Covid-19 yang dilaksanakan oleh syarikat negara itu Moderna yang hari ini memulakan fasa akhir ujian klinikal.

Negara itu merancang untuk membelanjakan sehingga AS$472 juta lebih tinggi dari AS$483 juta yang diumumkan syarikat bioteknologi Moderna sebelum ini.

Moderna berkata pelaburan tambahan itu dibenarkan hasil keputusan bersama kerajaan bagi memperluas percubaan klinikal Tahap Tiga untuk calon vaksin termasuk 30,000 peserta.

Dalam percubaan awal vaksin eksperimen Moderna menghasilkan antibodin Covid-19 yang semestinya membantu mencegah penyakit ini dalam tubuh semua 45 peserta.

Dalam percubaan yang diperluas mulai hari ini, separuh daripada 30,000 peserta akan menerima dos 100 mikorgram vaksin sementara selebihnya akan diberi placebo.

Amerika Syarikat sudah berdepan lebih 146,000 kematian akibat Covid-19.

Mereka mengumumkan pelaburan besar dalam usaha mempercepat pengembangan vaksin dan membolehkan jutaan rakyat Amerika divaksin pada awal tahun depan.

Pada Rabu pakatan farmasi Amerika-Jerman BioNTech / Pfizer mengumumkan kerajaan AS memberikan AS$1.95 bilion untuk mendapatkan 100 juta dos vaksin.

Dengan adanya makmal di seluruh dunia dalam persaingan kuat membuat vaksin pertama yang berkesan Moderna nampaknya berada di hadapan apabila memasuki pusingan akhir ujian klinikal – langkah dalam menentukan sama ada vaksin berkesan dan selamat.

Moderna yang sudah bekerjasama dengan pihak berkuasa kesihatan AS berkata mereka akan dapat menghasilkan 500 juta dos setahun.

Firma bioteknologi China Sinovac berkata pada 6 Julai bahawa mereka juga akan memulakan percubaan klinikal Tahap Tiga bulan ini bekerjasama dengan pusat penyelidikan biologi Brazil Butantan.

Projek yang dikembangkan oleh Universiti Oxford bekerjasama dengan makmal multinasional AstraZenica dan projek China diketuai oleh penyelidik dari agensi termasuk Akademi Sains Perubatan Tentera juga melaporkan hasil awal yang memberangsangkan.

Usaha itu dibiayai oleh kumpulan bioteknologi CanSino yang tersenarai di bursa saham Hong Kong.

Secara keseluruhan hampir 200 calon vaksin sedang dikembangkan termasuk 23 yang dalam fasa klinikal diuji pada manusia. – AFP, 27 Julai, 2020.


Daftar atau log masuk di sini untuk komen.


Komen