RAKYAT Kanada di bawah usia 39 tahun merupakan sebahagian besar kes baharu Covid-19 di negara berkenaan, kata pihak berkuasa semalam.
“Data kebangsaan baru-baru ini menunjukkan bahawa golongan muda dewasa berusia antara 20-39 tahun menyumbang kepada kadar jangkitan tertinggi dalam semua peringkat usia di Kanada,” kata ketua pegawai kesihatan awam Kanada Theresa Tam dalam satu kenyataan.
Untuk minggu yang berakhir pada 22 Julai kadar jangkitan tertinggi dalam kalangan lelaki dan wanita muda berusia 20-29 tahun (masing-masing 14.4 dan 13.8 kes setiap 100,000 orang) diikuti oleh mereka yang berusia 30-39 tahun.
“Golongan muda di Kanada juga berisiko terhadap jangkitan ini,” katanya memberi amaran bahawa bukan warga emas yang mengalami masalah kesihatan serius sahaja boleh mendapat jangkitan wabak berkenaan.
Dia menegaskan bahawa dari kes Covid-19 yang dilaporkan kepada kesihatan awam minggu lalu, 63 persen melibatkan mereka berusia di bawah 39 tahun di mana kira-kira satu pertiga dimasukkan ke hospital.
Rata-rata terdapat 485 kes baharu dilaporkan setiap hari di seluruh negara minggu lalu.
Ketika Kanada terus membuat sekatan perintah pengurungan dia meminta penduduk untuk berhati-hati dan menghormati langkah-langkah sosial serta kebersihan diri.
Kanada kini mencatat kira-kira 113,800 kes baharu Covid-19 dan 8,900 kematian.
Garis panduan kesihatan awam dipatuhi secara meluas di Kanada namun beberapa ratus penduduk semalam memprotes pemakaian topeng muka di Kota Quebec yang kini diwajibkan di wilayah berbahasa Perancis berkenaan. – AFP, 27 Julai, 2020.
Komen