TIGA perniagaan di bandar Salerno selatan Itali dikenakan denda 1,000-euro (RM4,970) selepas kerajaan negara itu mengetatkan peraturan bagi mengekang penularan Covid-19.
Tiga perniagaan itu termasuk sebuah bar dan kedai gunting rambut, dikenakan denda selepas polis mendapati mereka tidak mengikut garis panduang yang ditetapkan iaitu mewajibkan pelanggan mereka memakai pelitup muka dalam premis.
Itali menguatkuasakan denda itu terhadap mana-mana individu yang didapati tidak memakai pelitup muka di tempat tertutup, sama ada di bangunan awam, pasar raya, bar, restoran, kedai dan pengangkutan awam.
Berdasarkan peraturan baharu itu, pengendali pengangkutan perlu melarang penumpang yang tidak memakai pelitup muka.
Jika mereka berdegil mahu menaiki pengangkutan itu, operator wajar memaklumkan hal tersebut kepada polis untuk tindakan lanjut.
Setiap perniagaan juga perlu bertanggungjawab jika kesalahan itu dilakukan dalam premis mereka.
Selain didenda, perniagaan boleh berdepan tindakan penutupan operasi antara lima hingga 30 hari.
Itali merupakan negara pertama di Eropah yang terjejas teruk akibat Covid-19/
Lebih 35,000 orang disahkan maut dengan lebih 242,000 kes jangkitan direkodkan di negara itu. – AFP, 26 Julai, 2020.
Komen