Satu nyawa terkorban, 13 kes baharu Covid-19 dicatat


Ragananthini Vethasalam

Kematian terakhir direkod akibat Covid-19 dilaporkan pada 19 Julai lalu. – Gambar fail The Malaysian Insight, 26 Julai, 2020.

MALAYSIA hari ini melaporkan satu kematian baharu akibat jangkitan Covid-19, ia menjadikan jumlah kematian keseluruhan sebanyak 124 orang, kata Ketua Pengarah Kesihatan Dr Noor Hisham Abdullah hari ini.

Kematian terakhir direkod akibat Covid-19 dilaporkan pada 19 Julai lalu.

Mangsa yang merupakan seorang wanita berusia 63 tahun mempunyai sejarah penyakit kronik seperti tekanan darah tinggi, diabetes dan hiperkolesterolemia, dan meninggal dunia pada pukul 12.04 pagi hari ini.

Dia dirawat di Hospital Sarawak dan mengalami gejala seperti batuk dan demam.

Sementara itu, terdapat 13 kes Covid-19 baharu dilaporkan pada tengah hari ini, 10 kes daripadanya adalah penularan tempatan.

Kes-kes yang baharu disahkan itu menjadikan jumlah jangkitan keseluruhan dalam negara meningkat sebanyak 8,897 orang.

Sementara itu, enam pesakit disahkan pulih dan dibenarkan pulang setakat tengah hari tadi.

Ini menjadikan jumlah keseluruhan pemulihan sebanyak 8,600

Kes aktif pula dicatatkan berjumlah 173.

Dua pesakit kini ditempatkan di unit rawatan rapi (ICU), dan seorang memerlukan alat bantuan pernafasan. – 26 Julai, 2020.


 


Daftar atau log masuk di sini untuk komen.


Komen