Korea Utara isytihar darurat berhubung Covid-19


Kim Jong Un mengadakan mesyuarat biro politik darurat pada hari Sabtu bagi melaksanakan sistem kecemasan maksimum. – Gambar EPA, 26 Julai, 2020.

KERAJAAN Korea Utara mengambil keputusan untuk melaksanakan perintah berkurung di bandar sempadan Kaesong selepas pihak berkuasa mengesyaki kes koronavirus pertama di negara itu, lapor media rasmi kerajaan pada Ahad.

Pemimpin utama Korea Kim Jong Un mengadakan mesyuarat biro politik darurat pada hari Sabtu bagi melaksanakan “sistem kecemasan maksimum dan mengeluarkan amaran” bagi membendung virus tersebut, kata Jabatan Berita Pusat Korea.

Sekiranya kes tersebut disahkan, ia akan menjadi kes pertama Covid-19 yang dikesan secara rasmi di Korea Utara.

Bagaimanapun, Korea Utara yang dikenali tidak memiliki keperluan infrastruktur perubatan mencukupi dilihat tidak mampu menangani sebarang wabak yang melanda negara tersebut.

KCNA berkata seorang pembelot telah berangkat ke Korea Selatan tiga tahun lalu dan kembali pada 19 Julai setelah “menyeberangi sempadan negara itu secara haram”.

Sangat jarang orang meninggalkan Korea Selatan melalui salah satu sempadan paling selamat di dunia, penuh dengan ladang ranjau dan pos pengawal.– AFP, 26 Julai, 2020.
 


Daftar atau log masuk di sini untuk komen.


Komen