PEMUDA Umno akan melantik 64,000 aktivis Ops Jejak, sebuah program untuk mengenal pasti 1.2 juta pengundi Melayu di bawah umur 40 tahun sebagai usaha terakhir meraih undi sebelum Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU14)
Ketua Pemuda Umno Khairy Jamaluddin berkata aktivis tersebut akan bertanggungjawab menjaga setiap 30 orang pengundi di kawasan mereka bagi mempromosikan Umno.
Langkah tersebut katanya, adalah satu lagi strategi sayap parti itu untuk kumpulan pengundi sasaran dalam PRU14.
“Saya harap setiap dari anda yang daripada Ops Jejak mampu untuk lakukan perkara ini,” katanya dalam ucapan penggulungan persidangan sayap Pemuda hari ini.
“Apa yang susah hanya untuk menjaga 30 pengundi? Buat ‘whatsapp group’ dengan mereka, berhubung dengan mereka.
“Jika anda tidak dapat 30 daripada pihak anda, anda boleh buat terbaik juga untuk dapat Barisan Nasional (BN).”
Sementara itu Khairy dalam sidang medianya berkata Pemuda Umno mencadangkan pemilihan parti akan datang tidak melibatkan jawatan presiden dan naib presiden.
Beliau mengulas usul tersebut dibawa PAU kali ini kerana ia merupakan permintaan akar umbi
“Yang kita selesaikan presiden dan naib presiden sebab itu yang pewakilan nak, ini untuk kepastian .
“Yang lain belum lagi malah kita tak bincang pun jawatan lain, yang kita nak cuma presiden dan timbalan presiden (tidak dipertandingkan).” – 6 Disember, 2017.
Komen