AS lapor lebih 68,000 kes virus dalam tempoh 24 jam


Seorang wanita yang memakai pelitup muka menolak kereta sorong bayi di Taman Hermann, ketika kes koronavirus Houston, Texas, AS, semakin bertambah. – Gambar EPA, 26 Julai, 2020.

AMERIKA Syarikat (AS) pada Sabtu mencatatkan 68,212 kes koronavirus baharu dalam tempoh 24 jam, lapor Universiti Johns Hopkins.

Itu menjadikan jumlah kes di negara yang paling teruk dilanda virus di dunia kepada 4,174,437, kata universiti yang berpusat di Baltimore pada 8.30 malam (0030 Ahad).

Sebanyak 1,067 kematian dilaporkan, menjadikan jumlah kematian di negara ini kepada 146,391.

Setelah penurunan kadar jangkitan pada akhir musim bunga, AS menyaksikan peningkatan koronavirus, terutama di beberapa negeri di selatan dan barat seperti California, Texas, Alabama dan Florida.

Selama 12 hari terakhir, jumlah kes baharu yang dilaporkan setiap hari mencecah 60,000.

Para saintis bersetuju yang kenaikan kadar kematian susulan lonjakan jangkitan dalam tiga hingga empat minggu lalu.

Jumlah kematian setiap hari selama empat hari terakhir melebihi 1,000 orang. – AFP, 26 Julai, 2020.


Daftar atau log masuk di sini untuk komen.


Komen