KOREA Selatan melaporkan peningkatan kes jangkitan Covid-19 pada Sabtu dengan kebanyakan kes merupakan kes import.
Republik itu mencatatkan 113 kes baharu termasuk 86 dari kluster luar negara, menjadikan keseluruhan kes sebanyak 14,092.
Angka itu merupakan yang kedua tertinggi sejak 31 Mac apabila negara itu mencatatkan 125 kes baharu.
Catatan kes hari ini juga merupakan yang pertama merekodkan kes tiga digit sejak 1 April lalu.
Kesemua rakyat Korea Selatan yang pulang dari luar negara diwajibkan menjalani tempoh dua minggu kuarantin.
Korea Selatan mengharungi wabak itu tanpa perlu melaksanakan perintah pengurungan tetapi menggunakan kaedah kesan, saring dan rawat.
Negara itu menjadi contoh negara lain untuk mengangani pandemik dengan melaksanakan langkah keselamatan kesihatan seperti pemakaian pelitup muka di tempat awam.
Peningkatan kes itu berlaku ketika Korea Selatan merancang membenarkan jumlah terhad penyokong bola lisut untuk memasuki stadium bermula Ahad. – AFP, 25 Julai, 2020.
Komen