Kerajaan setuju SOP PKPP diketat semula


Keputusan mengetatkan SOP ini dipersetujui dalam Mesyuarat Khas Menteri-Menteri Berkenaan Pelaksanaan PKP hari ini. – Gambar fail The Malaysian Insight, 25 Julai, 2020.

KERAJAAN hari ini bersetuju secara dasar untuk mengetatkan semula prosedur operasi standard (SOP) berkaitan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) yang telah dilonggarkan di bawah pelaksanaan PKP Pemulihan (PKPP).

Menteri Kanan (Kluster Pertahanan) Ismail Sabri Yaakob berkata keputusan itu diambil susulan kebimbangan peningkatan kes Covid-19 di negara ini dalam tempoh hampir seminggu ini.

“Secara dasarnya keputusan ini dipersetujui dalam Mesyuarat Khas Menteri-Menteri Berkenaan Pelaksanaan PKP hari ini.

“Jawatankuasa teknikal akan berbincang esok untuk memperincikan SOP dan akan dibentangkan pada mesyuarat menteri-menteri Isnin ini,” katanya pada sidang media perkembangan PKPP di Pusat Dagangan Dunia Putra hari ini. – Bernama, 25 Julai, 2020.
 


Daftar atau log masuk di sini untuk komen.


Komen