KETUA Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) pada Khamis berkata kenyataan terbaharu Setiausaha Negara Amerika Syarikat (AS) Michael Pompeo mengenai hubungan badan kesihatan Bangsa-bangsa Bersatu itu dengan China adalah “tidak benar dan tidak boleh diterima, tanpa sebarang asas,” lapor agensi berita Xinhua.
Bercakap pada taklimat rutin, Ketua Pengarah WHO Tedros Adhanom Ghebreyesus berkata satu-satunya fokus WHO adalah menyelamatkan nyawa dan organisasi itu “tidak akan terganggu dengan komen-komen ini, dan kami tidak mahu seluruh masyarakat antarabangsa turut terganggu.
Menurut laporan Bloomberg yang memetik sumber-sumber yang hadir dalam pertemuan peribadi antara Pompeo dan sekumpulan anggota kabinet United Kingdom (UK) di London pada Selasa, Pompeo mendakwa bahawa “perisikan firma” menunjukkan satu perjanjian telah diadakan bagi mendapatkan Tedros jawatan sebagai Ketua Pengarah WHO—dan ia telah mengakibatkan kematian warga UK akibat Covid-19.
Tedros mengulangi bahawa politik pandemik Covid-19 tetap sebagai satu ancaman terbesar, kerana ia tidak mengenal sempadan, ideologi, atau parti politik.
“Saya telah menyatakannya berkali-kali. Politik Covid-19 perlu diasingkan. Dan saya memohon sekali lagi kepada semua negara untuk bekerja bersama-sama. Politik dan parti mengakibatkan keadaan semakin buruk. Jadi, apa yang sangat penting adalah sains, penyelesaian dan perpaduan. Tetapi saya ulangi, dakwaan itu tidak benar, dan tanpa sebarang asas.”
Pada taklimat sama, Pengarah Eksekutif Program Kecemasan Kesihatan WHO, Mike Ryan, dengan tegas menyokong Tedros, Mike Ryan, berkata beliau “berbangga berada di sisi Dr Tedros…organisasi kami dan kepimpinannya saling berkait.”
“Kita semua berkhidmat untuk menyelamatkan nyawa,” katanya. “Kami bersungguh-sungguh untuk itu. Kami bangga menjadi WHO, dan kami akan terus melakukannya. Dan kami akan berkhidmat untuk melayani orang-orang yang berhadapan kesukaran di dunia, tanpa mengira apa yang dikatakan mengenai kami.”
Maria Van Kerkhove, warganegara AS dan pemimpin teknikal Program Kecemasan Kesihatan WHO, pada taklimat itu berkata: “Saya melihat secara langsung, setiap hari, tugas yang dilakukan oleh Dr Tedros (dan) yang dilakukan oleh Mike, dan yang dilaksanakan oleh pasukan kami di seluruh dunia. Kami sangat fokus untuk menyelamatkan nyawa, seperti yang dikatakan oleh Dr Tedros. Kami tidak akan terganggu. Dan itulah yang kami kekalkan. Dan kami akan terus fokus.” – Bernama, 24 Julai, 2020.
Komen