Covid-19: Melbourne wajibkan penggunaan topeng muka


Melbourne mewajibkan orang ramai yang keluar di bandar kedua terbesar di Australia itu untuk memakai topeng muka bagi mengekang penyebaran wabak Covid-19. – Gambar EPA, 23 Julai, 2020.

MELBOURNE mewajibkan orang ramai yang keluar di bandar kedua terbesar di Australia itu untuk memakai topeng muka bagi mengekang penyebaran wabak Covid-19 di tenggara negara berkenaan.

Sebilangan besar mereka yang dilihat di pusat bandar Melbourne memakai topeng muka pada minggu kedua perintah pengurungan dikuatkuasakan selama enam minggu.

Victoria mencatat 422 kes Covid-19 hari ini – menurun dari paras tertinggi 484 pada Rabu tetapi hari ke-18 berturut-turut meningkat kepada angka tiga digit.

Arahan penggunaan topeng muka membolehkan polis mengeluarkan denda sebanyak AS$140 kepada sesiapa yang enggan memakainya di kawasan tumpuan ramai walaupun perintah pengurungan sebelum ini secara amnya dikuatkuasakan dengan amaran.

Pemimpin negara itu berkata perintah sekatan membantu menstabilkan jumlah jangkitan tetapi langkah seterusnya untuk menghalang virus dari terus merebak.

Australia kini mencatatkan lebih 13,300 kes dan 133 kematian dalam kalangan penduduknya sekitar 25 juta orang.

Melbourne bukan satu-satunya bandaraya yang mewajibkan penggunaan topeng muka minggi ini, inisiatif serupa juga dilakukan di ibu negara Amerika Syarikat.

Datuk Bandar Washington memerintahkan penduduk untuk memakai topeng muka sebaik sahaja keluar dari rumah mereka.

“Orang ramai mesti memakai topeng muka sebaik sahaja keluar dari rumah mereka,” kata pejabat Muriel Bowser. – AFP, 23 Julai, 2020.


Daftar atau log masuk di sini untuk komen.


Komen