Lebih 500 banduan di Texas, AS dijangkiti Covid-19


Lebih 500 wanita positif Covid-19 di penjara Federal Medical Center-Carswell di Fort Worth, bandar kelima terbesar di Texas. – Gambar EPA, 22 Julai, 2020.

JUMLAH kes Covid-19 disahkan di sebuah penjara di selatan Texas Amerika Syarikat (AS) meningkat mendadak kepada 510 pada Selasa, lapor agensi berita Xinhua, memetik Biro Penjara.

Lebih 500 wanita positif Covid-19 di penjara Federal Medical Center-Carswell di Fort Worth, bandar kelima terbesar di Texas. 

Tiga minggu lalu, penjara itu hanya mencatatkan tiga kes Covid-19. Kematian pertama dilaporkan pada April dan kedua pada 12 Julai.

Media tempatan melaporkan penjara wanita itu dihuni oleh banduan yang mempunyai masalah kesihatan dan mental, kini menempatkan sekitar 1,357 tahanan. – Bernama, 22 Julai, 2020.


Daftar atau log masuk di sini untuk komen.


Komen