JUMLAH kematian akibat pandemik koronavirus di Mexico pada Selasa melepasi angka 40,000, yang merupakan negara keempat dengan jumlah kematian tertinggi di dunia.
Laporan teknikal harian mencatatkan sejumlah 40,400 kematian akibat virus itu, selepas penambahan 915 kematian dalam tempoh 24 jam. Kes pertama di Mexico dikesan pada 28 Februari.
Minggu ini Presiden Manuel Lopez Obrador berjanji untuk meningkatkan standard kesihatan negara untuk membantu memerangi ancaman virus tersebut.
Beliau berikrar untuk melindungi mereka yang berisiko terhadap Covid-19, termasuk menangani “penyakit yang disebabkan oleh kebuluran dan kemiskinan,” melancarkan “kempen tetap” untuk mempromosikan makanan dan gaya hidup lebih sihat, dan merawat tekanan darah tinggi, diabetes dan obesiti sebagai keutamaan.
“Kami mahu mengingati mereka yang meninggal dunia akibat pandemi Covid-19, dan menghulur pelukan persaudaraan penuh kasih sayang kepada ahli keluarga dan rakan mereka,” kata Lopez Obrador dalam video yang disiarkan di media sosial.
Mexico yang mempunyai 127 juta penduduk, mempunyai jumlah kematian kedua tertinggi di Amerika Latin selepas Brazil, yang mempunyai 80,000 kematian. – AFP, 22 Julai, 2020.
Komen